Saturday, February 14, 2009

Pelancaran Blog Khusus Bagi Wacana Boikot Ekonomi Zionis Yahudi

Assalaamualaikum...

Dengan lafaz Bismillaahirrahmaanirrahiim sukacita saya melancarkan blog Boikot & Boycott pada hari ini khusus untuk berkempen kepada umat Islam Malaysia supaya memboikot produk syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kepentingan Yahudi atau Zionis.
Senarai boikot (Risalah) dibuat dalam bentuk PDF yang boleh dimuat-turun bagi memudahkan rujukan dan sebaran.
Sila muat-turun risalah boikot di bahagian atas sebelah kiri laman utama.

Risalah boikot akan di kemaskini dan ditambah dari semasa ke semasa. Saya hanya menyenaraikan satu syarikat bagi setiap sektor perniagaan / kategori produk untuk memastikan keseragaman dan istiqamah (consistency). Walaupun saya sendiri memboikot lebih dari yang disenaraikan di dalam risalah, inisiatif kempen Boikot & Boycott oleh AntiJajah hanya akan menumpukan kepada beberapa syarikat terpilih.

Kempen boikot hanya akan berjaya ke tahap impak ketara jika sebarannya meluas. Saya amat berharap jika ada yang turut sama menyebarkan risalah ini samada secara bercetak atau elektonik. Jika ada yang ingin turut menyebarkan risalah boikot untuk produk yang sama tetapi dengan risalahnya sendiri, saya sedia meberikan risalah dalam format asal (MS Excel) yang membolehkan anda menambah-baik apa yang perlu dan meletakkan nama anda. Untuk tujuan ini anda boleh menghubungi saya melalui e-mail iaitu: antijajah@gmail.com

2 comments:

  1. Good work brother. tapi itulah, org islam dan melayu terutamanya MUDAH LUPA. kita ni semangat masa kena je, lepas tu kita LUPA. kalau boikot ni berterusan dan sungguh2, kita pasti ada pilihan lain yang dapat menggantikan barangan yang kita boikot itu... teruskan

    http://setempat.blogspot.com/2009/01/air-dan-kehidupan.html

    ReplyDelete
  2. Thanks...semoga kita semua tidak akan lupa lagi mulai sekarang.

    ReplyDelete